SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CAKC'NGGONG

LAMAN BLOG INI MENGANDUNGI UNSUR KISAH PENGALAMAN, NASIHAT DAN PENDAPAT PENULIS. SEBARANG KOMEN PEMBACA AMAT DIALU-ALUKAN. TERIMA KASIH.

Tuesday, June 29, 2010

HUJAN

Pagi ini keadaan di pejabat agak suram. Cuaca di luar mendung sarat. Cahaya cerah cuma kelihatan jauh di kaki langit. Titik-titik halus air mula kelihatan turun menyiram rumput di luar tingkap pejabat saya. Sesekali terdengar suara rakan-rakan di pejabat yang saya tak pasti hujung ekornya. Dengung kuat dari generator menenggelamkan bunyian lain di kompleks pejabat ini. Tiada bekalan letrik. Hanya satu lampu sokongan terpasang dalam pejabat.

Hujan semakin kasar. Terdengar juga deruan angin sekali-sekala. Pokok bunga di luar pejabat sudah basah kuyup. Apapun kerja pejabat masih berjalan seperti biasa. Pelanggan kaunter masih tidak putus-putus berkunjung. Tiada halangan untuk meneruskan kerja di sini. Mungkin kurang cahaya sedikit. Tidak terjejas.
Barangkali di kampong, agak berbeza. Masing-masing sedang berehat mencari tempat berlindung. Jika hujan sedikit-sedikit, mungkin kerja di bendang masih boleh berjalan seperti biasa. Kalau lebat barulah berhenti agaknya. Tapi pasti ramai yang mengeluh. Rata-rata penduduk kampong bekerja sebagai penoreh getah. Sekarang harga getah tengah mahal. Sekilo getah sekerap mungkin dijual pada harga empat ringgit lebih. Tapi semua itu tidak bermakna kalau hujan. Hujan bererti pokok getah basah atau mungkin lembab. Kalau ditoreh juga susu getah yang mengalir keluar dari kulit pokok akan tersasar ke arah lain, menyimpang dari laluan ke bekas susu getah. Kesudahannya susu getah tidak dapat dikumpul, maka tiadalah hasil.

Di masa-masa hujan penduduk kampong biasanya diam di rumah. Tidak banyak perkara yang boleh dibuat. Mungkin secawan kopi panas boleh meredakan sedikit keluhan...

Thursday, June 3, 2010

KAYU API

Baru-baru ini penduduk kampong digemparkan dengan kejadian kebakaran di pekan Sg Bayor. Deretan beberapa pintu kedai yang diperbuat dari kayu, hangus dijilat api. Seorang penghuni turut terkorban. Bolehlah dikatakan kejadian kebakaran seumpama ini jarang berlaku di kampong tapi sesekali terjadi sekaligus meragut nyawa adalah amat menyedihkan.
Mangsa yang terkorban berbangsa cina, tinggal dan menjalankan perniagaan membaiki basikal dan turut menjual bahanapi kenderaan atau lebih tepat minyak petrol. Barangkali itulah sebab kebakaran ini terjadi dan merebak pantas.

Isu sebenar adalah kesedaran tentang keselamatan. Perkara penting yang mungkin dilepas pandang oleh sesetengah pihak adakalanya memberi implikasi yang besar. Yang nyata kebanyakan kita memilih untuk mengutamakan kemudahan dari perkara keselamatan. Selebihnya mungkin tidak langsung memahami atau mengambil peduli tentang bahaya bencana yang boleh mengancam nyawa dan harta benda kita.
Bukankah lebih mudah menaiki motosikal jika tidak perlu memakai topi, atau tidak bersusah payah menarik dan menyangkut talipinggang keledar semasa memandu. Bukankah kita lebih selesa dan pergerakan kita boleh dipercepatkan 4-5 saat di samping kita tidak perlu merasa rimas?

Manusia sebenarnya lebih mudah belajar untuk insaf apabila ditimpa musibah. Sungguhpun kejadian bencana menimpa orang yang paling hampir dengan kita, kesedaran untuk bertindak mencegah dari berlaku kejadian serupa atau hampir serupa kadang-kadang masih juga tidak timbul. Konsep ‘nasib baiklah’ atau ‘mujurlah’ patut dibuang dari dalam diri kita. Seharusnya kita segera belajar sesuatu dari kejadian seperti ini.

Monday, May 31, 2010

Teringatkan Kampong Halaman

Sepanjang seminggu dua terkebelakang ini saya telah hadir memberi ceramah kepada penuntut-penuntut kolej kemahiran awam, persatuan ibu bapa dan guru di satu sekolah menengah dan sekumpulan penduduk di sebuah kampong di tempat saya bertugas. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan hadir memberi ceramah di dalam daerah tempat saya bekerja. Kebanyakan ceramah berkisar tentang isu keselamatan setempat, masalah remaja dan peranan individu dalam soal keselamatan. Boleh saya katakan setiap kali saya diminta memberi ceramah, saya akan membuat sedikit sebanyak persiapan bagi memastikan ceramah saya tidak membosankan dan menjadi terlalu ‘routine’.
Menyambung cerita awal tadi, ada sedikit kelainan pada ketiga-tiga ceramah yang terakhir. Bila saya ingat kembali saya tidak tertinggal menyebut sedikit kisah awal hidup saya di kampong kepada ‘audience’ dalam ceramah tersebut. Bila saya fikir kembali, rupanya rasa teringatkan kampong telah mula membayangi saya.
Di utara semenanjung, ada sebuah mukim penempatan yang sangat istimewa bagi saya. Dengan berlatarbelakangkan Banjaran Bintang, bersempadan dengan Negeri kedah, penempatan penduduk di sini dianugerahkan dengan tanah yang subur untuk bersawah dan mengerjakan hasil pertanian yang lain. Barangkali tidak lengkap jika saya tidak sebutkan keindahan alam semulajadi di sini. Terdapat juga beberapa jeram untuk berkelah dan riadah yang sering menerima pengunjung dari dalam dan luar penempatan. Airnya yang jernih dan dingin sudah tentu akan mengingatkan pengunjung untuk kembali lagi dilain kali.

Zaman Kegelapan

Saya masih ingat ketika ditahun 70an, kawasan ini masih bergelap malamnya. Sebutir dua rumah mungkin bercahaya lampu gasoline yang dipasang sehingga lewat jam 10 malam. Tempat lain yang mungkin meriah dengan cahaya lampu ini adalah di surau atau di rumah yang bakal mengadakan kenduri besoknya. Selebihnya hanya kelam yang sedikit-sedikit kelihatan cahaya lampu minyak tanah dipasang. Aktiviti malam penduduk kampong ketika itu amat terbatas. Kebanyakan penduduk menghabiskan masa malam dengan berada di rumah.
Saya mungkin bernasib baik, masih berpeluang menonton wayang gambar yang di bawa khas oleh Jabatan Penerangan ke pelusuk kampong (ketika saya belum bersekolah). Saya tidak begitu ingat mesej yang di bawa kepada penduduk ketika itu, tapi tayangan wayang gambar di Pekan Sungai Bayur itu cukup mendapat sambutan. Selain menjadi sumber hiburan percuma ada juga penduduk kampong mengambil kesempatan berniaga makanan dan minuman ringan – barangkali tidak disenangi oleh semua orang terutama yang kurang berada...
Masih boleh saya ceritakan perihal susahnya kehidupan ketika itu, untuk menonton siaran televisyen agak payah. Di kejiranan saya di kampong, pada mulanya hanya ada sebuah rumah yang mampu memiliki peti televisyen dengan dijana tenaga letrik dari bateri bekal yang perlu dicaj setiap minggu. Jika dibualkan kembali, harus saya terjumpa banyak kerumitan dan perkara peraturan yang ditetapkan dalam hendak memakbulkan hasrat untuk menonton siaran TV ketika itu. Kecuali ketiadaan tenaga bateri bekal, lazimnya hasrat menonton tercapai jua sungguhpun sedikit payah.

Saturday, May 29, 2010

keselamatan pelajar sekolah

4 perkara yang perlu diberi perhatian dalam mengawasi keselamatan anak-anak sekolah:-

1. Perjalanan pergi dan balik sekolah.
• Jarak perjalanan
• Jalan atau laluan yang perlu dilalui
• Pengangkutan ke sekolah
• Masa pergi dan balik
• Risiko dalam perjalanan
• Persediaan
• Adakah kita bertindak meminimumkan risiko?

2. Semasa berada di sekolah - sebenarnya sekolah adalah selamat jika pelajar sekolah fokus kepada belajar. Sehinggalah dia membenarkan dirinya dipengaruhi unsur tidak sihat - buli,rokok, dadah, gaduh, bahan lucah, curi, mengganggu pelajar lain dan sbgnya.
Luangkan masa bagi :

• Awasi pergaulan dan keterlibatan
• Beri pemahaman terhadap pengaruh sihat dan tidak sihat
• Sentiasa beri dorongan supaya buat tumpukan untuk belajar

3. Aktiviti selepas sekolah.

• Kenal pasti rakan-rakan sebaya/setempat
• Ketahui lokasi yang menarik minat / sering dikunjungi dan aktiviti yang dijalankan
• Sentiasa bendung/kawal sikap ingin mencuba
• Awasi prinsip setiakawan dan ingin berdamping/hidup berkumpulan


4. Aktiviti di rumah. Jangan sampai:-

• Tiada atau kurang kawalan
• Tiada atau kurang perhatian
• Tiada aktiviti
• Tiada pendidikan kerohanian

Akhir sekali suka saya mengingatkan semua yang hadir dan diri saya sendiri bahawa tugas atau tanggung jawab menjaga keselamatan anak-anak atau pelajar ini bukanlah harus sekadar disebut dibibir dan difahami secara prinsipnya. Tetapi yang paling penting adalah sejauh mana usaha dan ikhtiar kita dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, sembilu tajam yang menghiris diri pada mulanya hanya rebung yang mampu dikunyah.
JENIS PERLANGGARAN PERTAMA KEMALANGAN JALANRAYA DALAM DAERAH PONTIAN
LOKASI BERLAKU DAN FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB



TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan memberi pendedahan terhadap jenis atau bentuk perlanggaran pertama yang berlaku dalam kemalangan jalanraya di dalam daerah Pontian. Di dalam kertas kerja ini juga faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya bentuk perlanggaran ini digariskan bagi membolehkan pengguna jalanraya mengambil langkahan bagi meminimumkan risiko kejadian.

OBJEKTIF

• Memberi maklumat kepada pengguna jalanraya terhadap bentuk-bentuk perlanggaran pertama yang wujud setiap kali berlaku kemalangan jalanraya dalam daerah.
• Memberi pemahaman yang lebih jelas terhadap bagaimana satu-satu bentuk kejadian perlanggaran itu boleh berlaku.
• Mendedahkan faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada berlakunya bentuk-bentuk perlanggaran yang dalam daerah.
• Membolehkan setiap pengguna jalanraya mengambil langkah-langkah yang perlu serta penekanan terhadap kaedah pemanduan yang lebih cermat apabila berada dalam kawasan, masa atau keadaan tertentu.
• Mendedahkan sedikit sebanyak hubungan antara sikap pengguna jalanraya, pemanduan berhemah dan kejadian kemalangan jalanraya.

PENDAHULUAN

Boleh dikatakan tiada sesiapapun yang dalam keadaan waras mahu dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Namun begitu masih terdapat pengguna jalanraya yang tidak begitu mengambil endah terhadap peraturan lalu lintas, kaedah pemanduan berhemah atau sikap bersopan dan bertimbang rasa di jalan raya. Sungguhpun terdapat berbagai-bagai kempen melalui pelbagai saluran dibuat bagi menimbulkan kesedaran ini namun kadar kemalangan jalan raya di negara ini masih berada di tahap yang membimbangkan.

Jika dilihat, pada tahun 1981, jumlah kenderaan di Malaysia adalah sebanyak 2,901,182 buah yang berdaftar. Selepas 25 tahun jumlah ini meningkat sebanyak 417.9 % kepada 15,026,660 kenderaan pada tahun 2005, dengan jumlah penduduk masing-masing 14,128,354 pada tahun 1981 dan 26,130,000 pada tahun 2005.

Statistik kemalangan jalan raya pada tahun1981 adalah sebanyak 107552 kenderaan terlibat dengan jumlah kerugian sebanyak RM36, 752, 697.00, manakala pada tahun 2005 sejumlah 583,081 kenderaan terlibat. Jumlah kerugian yang dianggarkan akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1995 adalah sebanyak RM181, 436,070.00.

Statistik kemalangan jalan raya pada tahun 1991 menunjukkan 96,513 kes, manakala pada tahun 2005 sebanyak 328,268 kes. Daripada jumlah tersebut tahun 1991 merekodkan sebanyak 4,331 kematian dengan 25,776 jumlah yang cedera. Pada tahun 2005 pula sebanyak 6,200 kematian dicatatkan dengan 35, 323 pengguna jalan raya mengalami kecederaan.

Sungguhpun data-data ini memberi satu gambaran tentang keadaan bahaya yang wujud di jalan raya namun ianya tidak begitu menimbulkan kesedaran yang cukup mendalam bagi pengguna-pengguna jalanraya.
Adalah difikirkan pendekatan memberi kefahaman terhadap bagaimana kemalangan berlaku dengan menekankan aspek jenis perlanggaran dan tempat serta faktor-faktor penyebab berlakunya perlanggaran tersebut diharpkan mampu memberi peringatan kepada pengguna-pengguna jalanraya. Barang diingat bahawa tidak semua pengguna jalanraya yang memandu secara melulu akan akan menjadi mangsa yang menanggung penderitaan akibat kemalangan.


PERLANGGARAN DEPAN DENGAN DEPAN (HEAD ON COLLISSION)

Perlanggaran jenis ini berlaku apabila sebuah kenderaan bertembung secara bersemuka atau berhadapan dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Perlanggaran jenis ini biasanya mengakibat kematian atau kecederaan parah kepada pemandu dan penumpang kenderaan bergantung kepada jenis kenderaan dan kelajuan kedua-dua kenderaan.

Pada kebiasaannya, kenderaan yang lebih ringan atau bergerak pada kelajuan lebih rendah akan terdorong atau diseret oleh kenderaan yang lebih berat atau bergerak pada kelajuan lebih tinggi akibat dari momentum asal kenderaan tersebut.

Pada keadaan tertentu jika kedua-dua kenderaan terhenti akibat perlanggaran, terdapat kemungkinan mangsa akan tersepit atau tercampak dan ada kemungkinan kenderaan terbabit boleh terbakar.


LOKASI

Kebanyakan bentuk perlanggaran ini berlaku di lokasi-lokasi seperti berikut:-
• Jalan lurus.
• Selekoh.
• Garisan Berkembar.


FAKTOR-FAKTOR

• Memandu secara melulu / cuai.
• Memotong secara bahaya.
• Tidak sabar semasa mengekori kenderaan lain dan tergesa-gesa.
• kurang pencahayaan (waktu malam).
• Struktur jalan lain seperti selekoh, kerosakan dan lain-lain.
• Hilang kawalan pemanduan.
• Struktur kenderaan.
• Kurang kemahiran.
• Tidak mematuhi isyarat lalu lintas.


PELANGGARAN RUSUK TEPAT (T BONE COLLISSION)

Bentuk perlanggaran rusuk tepat berlaku apabila bahagian hadapan sesuatu kenderaan bertembung dengan bahagian tepi sesebuah kenderaan lain secara tepat. (Arah haluan kenderaan yang melanggar adalah bersudut tepat dengan arah haluan kenderaan yang dilanggar).

Kemalangan jenis ini biasanya menyebabkan kecederaan parah ataukematian terutama jika ianya melibatkan kenderaan ringan dengan kenderaan yang lebih berat. Kecederaan pada kebiasaannya lebih cenderung dialami oleh penumpang di sebelah yang dirempuh kenderaan lain. Jika impak perlanggaran cukup kuat, penumpang atau penunggang kenderaan yang melanggar boleh tercampak keluar dari kenderaan.


LOKASI

Bentuk perlanggaran rusuk tepat ini paling banyak berlaku dalam kawasan berhampiran simpang. Pelanggaran jenis ini berlaku semasa kenderaan dari laluan utama hendak memasuki memasuki simpang atau kenderaan yang hendak keluar dari simpang ke jalan utama.

• Jalan Parit Masjid
• Jalan Kawasan Perumahan Pekan Nenas


FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB

• Pengguna jalanraya gagal mematuhi sepenuhnya tanda isyarat jalan raya seperti gagal berhenti sepenuhnya sebelum garisan putih di kepala simpang.
• Pengguna jalanraya yang hendak masuk ke jalan utama atau hendak membelok ke simpang tidak memberi keutamaan kpd kenderaan di Jalan utama.
• Pengguna jalanraya tidak memastikan keadaan selamat sebelum memasuki satu-satu persimpangan.
• Sikap pengguna jalanraya yang suka mengambil mudah dan memandu secara tergesa-gesa.
• Halangan penglihatan disebabkan objek-objek tertentu ditepi jalan spt semak, kenderaan ditepi jalan.
• Kurangnya pencahayaan dilokasi tertentu
• Pengguna jalan raya gagal mengenalpasti jalan utama. Berikut adalah panduan dalam mengenalpasti jalan utama.

o Jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan
o Jalan yang diwartakan sebagai jalan negeri
o Jalan - jalan bandaran
o Jalan yang menghubungkan sesuatu lokasi dengan jalan persekutuan/ jalan negeri/bandaran.
o Jalan yang mempunyai tanda-tanda jalan spt garisan pembahagi jalan dan sebagainya.











LANGGAR BELAKANG (REAR COLLISSION)

Kejadian langgar belakang berlaku apabila sesebuah kenderaan dari arah belakang bertembung dengan bahagian belakang sebuah kenderaan yang bergerak atau berhenti dari perjalanan pada arah yang sama dihadapannya.

Pada kebiasaannya impak perlanggaran jenis ini adalah bergantung kepada jenis kenderaan yang terlibat dan keadaan kelajuan kenderaan yang melanggar.

Jika kenderaan yang melanggar bergerak pada kelajuan yang tinggi dan menghasilkan impak yang cukup kuat, penumpang atau pemandu boleh tercampak atau tersepit pada kenderaan bergantung kepada saiz kenderaan di hadapan.


LOKASI

Kebanyakan bentuk perlanggaran ini berlaku di lokasi-lokasi seperti berikut:-

• Berhampiran lampu isyarat – KM 40.5 Jalan Johor Bharu / Batu Pahat
• Berhampiran persimpangan-persimpangan – KM 41 Jalan Johor Bharu / Batu Pahat.
• Di lokasi berlakunya kesesakan oleh sebab kemalangan, atau kesesakan biasa – Kawasan Pekan Nenas (Bandar).
• Di lokasi jalan sebaik sahaja selepas selekoh – KM 41.5 Jalan Johor Bharu / Batu Pahat.





FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB

• Pengguna Jalanraya memandu atau menunggang dengan cara mengekori terlalu rapat (tail gating).
• Pengguna jalan raya gagal menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pemanduan.
• Pengguna jalan raya memandu atau menunggang secara tergesa-gesa atau melulu.
• Kurang kemahiran pemanduan atau teknik menunggang oleh pengguna jalan raya.
• Memandu atau menunggang dengan terlalu laju hingga gagal mengawal kenderaan dengan sempurna.
• Struktur kenderaan dalam keadaan kurang sempurna contoh: tayar botak, brek tidak berfungsi, lampu-lampu pada kenderaan tidak berfungsi.
• Dalam keadaan kurang pencahayaan terutama malam hari.
• Dalam keadaan cuaca hujan dan jalan basah / licin.
• Struktur jalan yang tidak rata, berminyak, berpasir dan sebagainya.



LANGGAR SEBELAH TEPI (SIDE SWIPED)

Kejadian perlanggaran ini berlaku apabila sebuah kenderaan bertembung dengan bahagian tepi sebuah kenderaan lain dalam keadaan bukan secara tepat.

Jenis perlanggaran ini kurang mengakibatkan kematian atau kecederaan parah kecuali bagi kenderaan dengan 2 roda (motosikal) namun begitu ada kemungkinan berlakunya kemalangan kedua yang boleh menyebabkan impak yang lebih besar.

LOKASI

• Kawasan Kampung
• Jalan Sempit - Parit Kudus
- Parit Patah
- Jalan Kampung Medan Sari

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB
• Satu kenderaan membelok atau keluar simpang.
• Kenderaan mengubah haluan tanpa memberi isyarat.


PERLANGGARAN SECARA BERGESEL (GRAZED)

Perlanggaran secara bergesel berlaku apabila sesebuah kenderaan bertembung secara sipi dan terus bergerak. Ekoran dari perlanggaran ini, pada kebiasaannya diikuti dengan kejadian kenderaan terlibat terbabas atau merempuh kenderaan atau objek lain.

Akibat dari perlanggaran jenis ini, biasanya kenderaan terbabit akan terbabas ke luar dari jalan atau diikuti dengan kejadian kemalangan kedua. Kejadian perlanggaran secara bergesel ini jarang melibatkan kematian atau kecederaan parah kecuali bagi kenderaan dengan 2 roda atau berlakunya kemalangan kedua.

LOKASI
 Jalan Kampung - Kampung Parit Patah
- Jalan Parit Basilam

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB
 Satu kenderaan mengubah laluan tanpa menyedari ada kenderaan di sebelah.
 Keadaan jalan sempit
 Keadaab bahu jalan yang terlalu tinggi


TERBABAS (SKIDDED)

Kejadian terbabas berlaku apabila sesebuah kenderaan yang dipandu atau ditunggang hilang kawalan lalu keluar dari laluan atau bertembung dengan objek lain di di luar laluan jalan.
Kejadian terbabas ini juga turut menjadi penyumbang kepada jumlah kecederaan parah atau kematian yang tinggi. Kes seumpama ini berhadapan risiko di mana mangsa yang terlibat lewat mendapat bantuan kecemasan disebabkan maklumat kejadian lewat disalurkan.


LOKASI
 Jalan lurus – Jalan Parit Panjang
- Jalan Sawah
 Jalan Selekoh - Kayu Ara Pasong
- KM 47 Jalan Johor Bharu / Batu Pahat
• Di kawasan selekoh atau selepas selekoh – KM 47 Johor Bharu / Batu Pahat
• Di kawasan yang kurang pencahayaan – Jalan benut Simpang Renggam
• Di kawasan jalan yang sunyi atau kurang kenderaan – Jalan Gunung Pulai
• Di jalan-jalan kampung atau jauh dari kawasan Bandar – Jalan Gunung Pulai & Jalam Sawah.
• Di kawasan pembaikan jalan atau pembinaan tepi jalan
FAKTOR-FAKTOR
• Kenderaan dipandu dalam keadaan laju.
• Tidak perasan simpang / selekoh di hadapan atau sebelah.
• Mengelak objek atau binatang.
• Keadaan teknikal kenderaan – tayarkurang bunga.
• Pemandu tidak mahir dengan keadaan jalan (orang luar).


LANGGAR PEJALAN KAKI, PENUNGGANG BASIKAL, BINATANG DAN LAIN-LAIN OBJEK. ( PEDESTRIAN, CYCLIST, STRAY ANIMAL AND OTHER OBJECT )

Pada kebiasaannya kejadian langgar pejalan kaki atau penunggang basikal berlaku semasa pengguna jalanraya dalam kategori ini sedang menyeberang jalan, lalu dilanggar kenderaan yang melalui jalan tersebut. Kejadian langgar binatang seperti anjing dan binatang peliharaan juga kebiasaannya berlaku semasa binatang ini tidak dikawal atau haiwan liar yang melalui kawasan tersebut.

Kejadian seumpama ini akan menyebabkan kematian atau kecederaan parah kepada pejalan kaki atau penunggang basikal. Jika ianya melibatkan haiwan peliharaan atau haiwan liar, tahap kecederaan pengguna jalanraya adalah bergantung kepada jenis kenderaan yang dinaiki dan kelajuan kenderaan terbabit.


LOKASI
• Pekan Nenas – KM 41-43
• KM 56 Johor Bharu / Batu Pahat
• Pekan Ayer Baloi.
• KM 53 Johor Bharu / Batu Pahat.
• KM 70 Jalan Bharu / Batu Pahat.
• Parit Basilam
• Jalan Parit Semerah.


FAKTOR-FAKTOR

• Kecuaian pejalan kaki.
• Tiada lintasan pejalan kaki.
• Menunggang bersaing/ berkawan
• Menunggang lawan arus.
• Struktur kenderaan tidak lengkap.


KESALAHAN-KESALAHAN LALU LINTAS YANG LAIN YANG TURUT MENYUMBANG KEPADA KEMALANGAN JALANRAYA : -

• Meletak kenderaan dalam jarak kurang 30 kaki dari kepala simpang
• Lampu isyarat membelok tidak berfungsi atau tidak memberi isyarat membelok
• Tidak berhenti di garisan putih di kepala simpang
• Berhenti di petak kuning
• Tidak mematuhi lampu isyarat
• Memandu melebihi garisan pembahagi jalan sebelum membelok ke kanan atau tidak berada di lorong yang betul sebelum membelok
• Tiada cermin sisi
• Lampu belakang/lampu besar hadapan /lampu brek tidak berfungsi
• Memotong disebelah kiri
• Memotong di dua garisan berkembar
• Memandu perlahan di sebelah kiri atau kanan
• Memandu melebihi had laju
• Memandu dalam keadaan di bawah pengaruh dadah/ alkohol
• Brek gagal berfungsi baik
• Mengekori kenderaan lain dalam jarak terlalu dekat
• Berlumba atau menguji kelajuan kenderaan
• Melintas di kawasan bukan lintasan pejalan kaki
• Memandu menyongsang arus


KESIMPULAN

Secara amnya bentuk-bentuk perlanggaran pertama yang berlaku ini akan menjadi asas dalam mengenalpasti punca berlakunya kemalangan. Ianya juga menjadi salah satu aspek penting dalam siasatan polis bagi menentukan tahap kecuaian pihak-pihak yang terlibat dalam satu-satu kemalangan. Memahami bentuk-bentuk perlanggaran ini juga akan memberi gambaran kepada risiko kecederaan yang mungkin ditanggung oleh pihak-pihak terlibat dalam kemalangan bergantung kepada jenis perlanggaran dan kedudukan pemandu atau penumpang terbabit.

Dengan memahami bagaimana berlakunya bentuk-bentuk perlanggaran ini, membolehkan pengguna jalanraya membuat persediaan atau member lebih tumpuan terhadap pemanduan secara berhati-hati di dalam keadaan-keadaan tertentu. Adalah menjadi harapan kita juga agar dengan pendedahan ini, sikap pengguna jalanraya akan dapat dipupuk ke arah yang lebih positif dalam usaha menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Daerah Pontian.

SENARAI LAMPIRAN

1. STASTISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA MENGIKUT JENIS PERLANGGARAN BAGI TAHUN 2008 DAN 2009

2. STATISTIK KESALAHAN PENGGUNA DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA TAHUN 2008 DAN 2009.

3. KANUN LEBUH RAYA (LN 165/1959)


RUJUKAN

1. AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

2. KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (Kompilasi 47 Kaedah-Kaedah)
KANUN LEBUHRAYA (LN 165/1959)


BAHAGIAN I

SEMUA PENGGUNA LEBUHRAYA

1. Lalulintas jalanraya memerlukan kerjasama semua pengguna jalan raya bagi kelancaran dan keberkesanan operasinya.

2. Penyebab utama bagi kemalangan jalanraya yang menyebabkan kehilangan banyak nyawa, penderitaan manusia dan kerosakan kepada harta benda, ialah kegagalan pengguna jalan raya daripada pelbagai lapisan untuk berkelakuan dengan sewajarnya semasa didalam lalu lintas.

3. Kanun lebuhraya ini adalah suatu kanun kelakuan dan bukan ringkasan undang-undang lalulintas namun kegagalan mematuhi peraturan dalam kanun ini boleh menyalahi undang-undang dan boleh menyebabkan pengguna jalanraya didakwa. Ianya menekankan kepada tanggungjawab pengguna jalanraya terhadap satu sama lain.

4. Sentiasa berhemah, sentiasa berjaga-jaga dan serius. Ingatlah bahawa arak mengurangkan kewaspadaan dan sikap berhati-hati pemandu. Sentiasa serius juga penting bagi pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang basikal dan pejalan kaki.

5. Hati-hati terhadap orang tua dan orang buta. Apabila pemandu nampak pejalan kaki dengan tongkat putih sedang melintas jalan dia hendaklah sentiasa memberikan laluan dan pejalan kaki yang lain hendaklah menolong orang buta itu untuk melintas dengan selamat.
6. Pemandu bagi kenderaan pembawa haiwan atau penarik kereta sorong mestilah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalulintas dan sebaiknya ikut sebelah kiri jalan dan memasang lampu pada waktu malam.

7. Apabila membawa haiwan sebaiknya ikut di sebelah kanan jalan menghadap kea rah lalu lintas yang datang dari arah hadapan.


BAHAGIAN II

PEMANDUAN KERETA MOTOR

SIKAP
8. Salah satu faktor yang paling penting dalam mengurangkan kemalangan ialah sikap pemandu. Seseorang yang memandu di atas jalanraya hanya untuk memuaskan nafsu untuk memandu laju atau keinginan untuk atau keinginan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk bertenang selepas mengalami kesedihan emosi, berpotensi untuk mengundang bahaya. Pemandu yang baik dapat memerhatikan dengan cermat akan pemandu lain terutama nya kanak-kanak atau haiwan, dapat mengagak tindakan mereka dan mengelak kemungkinan kemalangan.

BERHEMAH
9. Apabila memandu dengan berhemah tindakan anda dan contoh yang baik yang anda berikan akan mengurangkan kadar kemalangan.

10. Pemandu yang berhemah akan menunjukkan sikap bertimbang rasa kepada semu pengguna jalanraya yang lain samada pemandu, penunggang basikal atau pejalan kaki. Dia akan mengawal perasaan marahnya dan mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas. Anda tidak boleh membenarkan kebiadaban atau kebodohan pengguna jalan raya yang lain menjejaskan adab sopan baik anda.

PERBUATAN YANG TIDAK BERHEMAH
11. Perbuatan tidak berhemah pemandu boleh dilihat bukan saja melalui pemanduan melebihi had dan memotong masuk dan keluar lalu lintas. Tindakan lain yang tergolong dalam perbuatan tidak berhemah ialah:

Kegagalan untuk memberi isyarat yang sewajarnya pada masa yang perlu;
Membunyikan hon dengan keterlaluan;
Meletakkan kereta di selekoh atau jauh dari tepi jalan;
Memegang stereng dengan sebelah tangan, sebelah tangan lagi memegang bumbung atau perempuan;
Memandu di tengah jalan raya apabila orang lain hendak memotong;
Memandu melalui Lumpur dan lopak dengan laju dan menyimbah pejalan kaki.

12. Banyak perbuatan yang tidak berhemah yang merbahaya yang sememangnya boleh dilihat sebagai jenayah yang bodoh. Contohnya :

Memandu dengan laju apabila darjah penglihatan buruk, seperti ketika hujan lebat;

Memotong di selekoh atau kaki bukit yang tersembunyi;
Secara sengaja menyilaukan lalu lintas dengan tidak merendahkan lampu besar;
Menambahkan kelajuan untuk menghalang kenderaan lain daripada memotong.

IKUT KIRI
13. Pada setiap masa kenderaan hendaklah dipandu di sebelah kiri jalan, lebih rendah kelajuan, lebih hamper ke kiri jalan.

LORONG LALU LINTAS
14. Ramai pemandu yang menyebabkan kesukaran dengan memasuki lorong yang salah di simpang jalan. Gambar rajah menunjukkan tatacara yang betul yang sepatutnya diikuti di simpang-simpang jalan, sama ada lorong lalu lintas ditanda di atas jalan atau tidak.Sekiranya anda ingin membelok ke kiri atau ke kanan, masuklah ke laluan lalu lintas yang betul sebelum anda sampai di samping dan kekalkan kedudukan anda sehinggalah anda selesai membelok. Sekiranya anda tiba di samping dan dapati bahawa anda berada di lorong yang salah, teruskan dengan lalu lintas dalam lorong yang sama dan belok ke laluan anda yang betul sebaik sahaja berpeluang.

MEMBERI ISYARAT
15. Semua pengguna jalan raya mesti tahu dan memahami isyarat
yang diberikan oleh Polis supaya pemandu boleh berhenti atau
meneruskan perjalanan dan penjalan kaki tahu bilakah selamat untuk melintas jalan di lintasan yang dikawal oleh polis.Gambar rajah berikut menunjukkan isyarat-isyarat yang biasa digunakan oleh polis semasa menjalankan tugas lalu lintas.

ISYARAT PEMANDU
16. Setiap kali anda bercadang untuk membelok, berhenti ataumemperlahankan, anda sepatutnya memberikan isyarat yang betul jika ada lalu lintas lain di sekeliling anda. Isyarat pada masa yang betul dan kekalkan isyarat untuk masa yang mencukupi bagi membolehkan pemandu lain memahami apa yang anda ingin lakukan. Isyarat tangan di berikan bukan sahaja bagi faedah lalu lintas yang datang dari arah yang sama tetapi juga lalu lintas yang datang dari arah hadapan, lalu lintas yang menunggu di tepi jalan dan penjalan kaki. Kebanyakkan kereta pada hari ini dilengkapi dengan alat untuk memberi isyarat untuk di gunakan sebagai ganti kepada isyarat tangan, tetapi pada siang hari isyarat tangan lebih mudah dilihat dan difahami.Jangan benarkan penumpang memberi isyarat tangan dan pastikan kanak-kanak tidak meletakkan tangan atau mainan yang tergantung ke luar tingkap, ini boleh disalah anggap sebagai isyarat pemandu.

LAMPU ISYARAT
17. Apabila lampu merah ditunjukkan, berhentikan kereta anda dengan tenang dan jangan melanggar garisan pejalan kaki. Bergerak hanya apabila anda nampak lampu hijau dan bukan sebelum itu.Apabila lampu kuning ditunjukkan ini bertujuan untuk melapangkan persimpangan bagi tujuan arus lalu lintas yang berikutnya. Oleh itu jika anda tidak melepasi persimpangan sebelum lampu bertukar menjadi merah, anda hendaklah berhenti. Walau apa pun anda tidak boleh sesekali melintas lampu kuning apabila anda dalam keadaan untuk berhenti sebelum melakukanya.

MEMBELOK
18. Apabila hendak membelok ke kiri atau ke kanan, pemandu mestilah sentiasa memberi laluan kepada lalu lintas yang mendatang, termasuk penjalan kaki.

Apabila membelok ke kanan di lintasan yang dikawal oleh polis, anda hendaklah bergerak ke sekeliling polis ke arah laluan lalu lintas yang betul. Sekiranya tiada polis, maka bayangkan ada polis di situ dan buat belokan seperti yang ditunjukkan dalan gambar rajah.

LINTASAN PENJALAN KAKI
19. Apabila menghampiri lintasan pejalan kaki kurangkan kelajuan anda supaya anda dapat berhenti sekiranya perlu sebelum sampai ke lintasan.


MEMOTONG
20. Peraturan am ialah memotong di sebelah kanan kenderaan di hadapan. Anda boleh, walau bagaimanapun, memotong kenderaan di sebelah kiri jika pemandu telah memberikan isyarat yang ia ingin membelok ke kanan dan bergerak hamper ke bahagian tengah jalan bagi tujuan itu, atau apabila laluan lalu lintas bergerak perlahan-perlahan sebelah menyebelah dalam laluan pada waktu kesesakan lalu lintas din mana satu laluan mungkin tidak boleh bergerak. Ini bukanlah dikira sebagai memotong dalam erti kata sebenar.

Seorang pemandu tidak boleh menukar dari suatu lorong ke lorong yang lain kecuali ia telah pastikan yang selamat baginya untuk berbuat sedemikian dan ia telah memberi isyarat yang sepatutnya.

Memotonglah pada bahagian jalan yang lurus dan tidak sekali-kali di jambatan yang berbonggol, selekoh, atau mana-mana tempat lain yang pemandangan anda tersekat. Apabila ada kenderaan yang mengikuti anda dengan dekat dan anda ingin memotong kenderaan di hadapan, berikan isyarat tentang keinginan anda untuk memotong dengan isyarat tangan, sama seperti yang anda lakukan apabila membelok ke kanan. Ini akan menunjukkan kepada pemandu yang mengikuti anda bahawa dia tidak boleh memotong anda pada ketika itu.
Sekiranya anda keluar untuk “makan angina”, atau sekiranya bagi apa-apa alas an ingin memandu dengan perlahan, perhatikan dengan penuh waspada cermin pandang anda dan pastikan berada di bahagian tepi jalan bagi membolehkan lalu lintas lain memotong dengan selamat.

21. Apabila sepanjang jalan ditanda dengan dua garisan berterusan untuk memisahkan lalu lintas yang datang dari arah yang bertentangan, dilarang memotong atau melintas garisan itu.

Apabila garisan berterusan dan garisan putus-putus digunakan, kenderaan yang bergerak di sebelah kiri garisan yang berterusan dilarang daripada memotong atau melintas garisan putus-putus, tetapi lalu lintas dari arah bertentangan boleh, dengan syarat selamat untuk berbuat demikian.

Dilarang meletak kenderaan di mana-mana bahagian jalan jika dua garisan sama ada berterusan atau putus-putus, dibiat.

JARAK IKUTAN
22. Sekiranya anda melanggar bahagian tepi kenderaan di hadapan anda itu merupakan kesalahan anda sendiri dan itu bermakna anda mengikut terlalu dekat. Anda sepatutnya membenarkan sekurang-kurangnya jarak sebuah kenderaan antara kereta anda dan kereta di hadapan bagi setiap 10 b.s.j. kelajuan anda. Oleh itu pada kelajuan 30 b.s.j. sepatutnya jaraknya ialah tiga kenderaan antara kereta anda dan kereta di hadapan.



KELAJUAN
23. seorang pemandu yang bagus akan menyesuaikan kelajuannya dengan keadaan jalan. Anda hendaklah mengurangkan kelajuan, sesuai dengan keadaan jalan supaya anda dapat berhenti semasa kecemasan tanpa tergelincir atau hilang kawalan.

Seorang pemandu yang bagus akan mengurangkan kelajuan kenderaan secara automatik apabila memasuki kawasan sesak, menghampiri sekolah atau bas yang kanak-kanak sedang bermain, menghampiri kanak-kanak yang sedang bermain, menghampiri selekoh, dahi bukit, atau apa-apa halangan lain yang boleh mengehadkan pemandangannya.

BILA PERLU BERHENTI
24. Apabila menghampiri apa-apa kenderaan kecemasa, seperti polis, kereta bomba atau ambulans, bunyi siren atau loceng, pemanduan mestilah masuk ke sebelah kiri atau kanan dan berhenti untuk memudahkan laluan kenderaan kecemasan.

25. Seorang pemandu mesti berhenti jika dengan berbuat demikian dia boleh mengelakkan kemalangan atau meskipun hanya risiko kemalangan. Selalunya pemandu melihat keadaan yang boleh menjurus kea rah berlakunya kemalangan tetapi terus berdegil dalam fikirannya bahawa dia betul, sehinggalah sudah terlambat untuk mangambil apa-apa langkah yang berkesan. Terdapat satu epitaph lama yang berbunyi:

“ Di sinilah terbaringnya badan Jonathan Gray,
Yang mati kerana mempertahankan hak lalu-lalang,
Dia hampir betul apabila terus bergerak,
Tetapi dia tetap akan mati sekiranya dia sala.”

LAMPU
26. Sebelum memandu pada waktu malam perhatikan bahawa lampu belakang dipasang dan kedua-dua lampu besar berfungsi sepenuhnya dan diradahkan. Apabila memandu dan menghampiri dekat dengan lalu lintas datang dari arah hadapan tidak merendahkan lampunya, jangan membalas dengan memasang sepenuhnya lampu anda dan menyilaukannya. Kekalkan lampu anda rendah dan kurangkan kelajuan, masuk ke arah tepi jalan yang hampir dan berhenti sekiranya perlu hingga anda dapat melihat semula ke hadapan dengan jelas. Besar kemungkinan dengan menyilaukan pemandu yang datang dari arah hadapan dia mungkin akan melanggar anda.

27. Apabila memandu di belakang kenderaan lain yang anda tidak berniat untuk memotong atau tidak boleh memotong, pastikan lampu besar anda direndahkan. Ini akan menolong pemanduan di hadapan dengan mengurangkan silau dalam cermin pandang belakangnya atau pada mana-mana permukaan yang boleh membalikkan cahaya pada keretanya.

28. Pada waktu malam jarak yang anda boleh lihat bagi halangan yang tidak dijangka di jalan yang tidak berlampu adalah terhad. Sesiapa yang memandu pada kelajuan yang tidak membolehkan berhenti dalam jarak penglihatannya, sedang memandu dengan merbahaya.

29. Lampu kenderaan yang datang dari arah hadapan akan mengurangkan jarak penglihatan dan membuatkan objek di tepi jalan tidak kelihatan sehinggalah anda berada di atasnya jika anda bergerak dengan kelajuan yang berlebihan.

30. Kenderaan meningkatkan masa tiba pemanduan dan mengganggu pertimbangannya. Seorang pemandu yang meneruskan pemanduan dalam keadaan ini mungkin akan menemui kemalangan yang buruk (walaupun dia tidak tertidur semasa memandu). Apabila anda berasa amat mengantuk anda patut berhenti untuk berehat sehinggalah anda terjaga dan sedar semula.

AM
31. Semasa memandu kenderaan bermotor ingatlah untuk kerap melihat cermin pandang belakang anda, dan apabila menghampiri Bandar yang ganjil lihat meter laju anda. Selepas beberapa waktu memandu pada kelajuan yang tinggi ia memerlukan sesuatu kesedaran dan melihat beberapa kalu meter laju anda untuk mengurangkan kelajuan kapeda 30 b.s.j.

32. Jika dua kenderaan bermotor tertemu di suatu kawasan jalan yang sempit menuruni bukit, lebih baik bagi kenderaan yang sedang menurun untuk berhenti kerana ia lebih mudah dihidupkan manakala bagi kenderaan yang menaiki bukit mungkin enjinnya akan mati jika ia berhenti dan akan mengalami kesukaran untuk dihidupkan semula.

LINTASAN KERETA API
33. Apabila menghampiri lintasan kereta api, terutamanya lintasan yang tidak dijaga , kurangkan kelajuan anda, lebih-lebih lagi di waktu malam atau dalam keadaan cuaca yang buruk. Jika anda tidak dapat melihat dengan jelas laluan kereta api, berhentikan kereta anda dan cuba lihat sama ada kereta api sedang menghampiri. Jangan bergantung kepada pendengaran bahawa kereta api sedang tiba. Ingatlah bahawa enjin diesel yang baru lebih senyap berbanding dengan enjin wap jenis lama.

HAIWAN
34. Bertimbang rasa terhadap haiwan dan orang yang menjaganya. Berhenti jika perlu untuk membolehkan lembu melints jalan atau dibawa ke sebelah oleh gembalanya. Anda mesti berhenti apabila dikehendaki untuk berbuat demikian oleh orang yang menjaga kuda. Di dalam Bandar, berwaspada terhadap anjing dan kucing . Bersiap sedia untuk berhenti jika boleh, tetapi jangan membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan mereka atau anda mungkin akan menyebabkan kemalangan yang mana orang mungkin terbunuh atau tercedera.

MENYEMBUNYIKAN HON
35. Jika anda berhemah, membunyikan hon apabila memandu di Dalam Bandar sebenarnya tidak perlu. Semasa di jalan Untuk memberi amaran kepada pelente di hadapan anda Memotong pemandu di hadapan, yang mungkin tidak melihat Cermin pandang belakangnya. Di dalam kebanyakan Bandar merupakan suatu kesalahan jika anda membunyikan hon berhampiran hospital kecuaili di dalam keadaan kecemasan.

KENDERAAN BERMOTOR BERAT
36. Kenderaan besar menghalang pemandangan pemanduan kereta yang mengikuti dan menyebabkan sukar untuk memotong. Oleh itu penting bagi pemandu lori melihat cermin pandang belakang mereka dan memberi isyarat dengan segera supaya mereka dapat dipotong. Ikutlah sehampir yang mungkin di sebelah kiri jalan untuk membolehkan seberapa yang dapat kenderaan yang memotong mempunyai ruang untuk lalu.

37. Kenderaan berenjin diesel hendaklah dijaga dan memandu dengan cara mengeluarkan asap hitam, selain daripada merupakan gangguan ia juga boleh menghalang pemandangan pemandu-pemandu kenderaan yang mengikuti atau yang datang dari arah yang bertentangan.

38. Lori yang terbuka tidak direka untuk membawa penumpang, oleh itu apabila penumpang dibawa, mereka sepatutnya dikawal rapi dan diwajibkan untuk duduk. Kebanyakan penumpang lori terbunuh akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka sendiri.


MELETAK KENDERAAN
39. Jangan sesekali meletak kenderaan anda di jalan yang berhampiran dengan selekoh atau simpang jalan dekat dengan dahi bukit, yang mana ia boleh melindungi lintasan pejalan kaki atau isyarat lalu lintas, di hadapan pili bomba , atau melintasi jalan masuk ke premis seseorang. Jika boleh, letak kenderaan anda jauh dari laluan.

40. Apabila anda berhenti di tepi jalan jangan membuka pintu tepi tanpa memastikan bahawa tiada lalu lintas yang mengikuti, jika tidak anda mungkin mencederakan penunggang basikal yang memotong anda atau anda sendiri tercedera disebabkan oleh kenderaan lain memotong. Jalan keluar paling selamat ialah melalui pintu yang hampir dengan pejalan kaki.

41. Apabila meletak kereta di atas bukit yang curam, pasanglah brek tangan, letakkan kenderaan dalam gear dan pusingkan tayar hadapan ke dalam kea rah bebendul jalan.

42. Jangan tinggalkan kenderaan anda tanpa lampu di atas jalan yang gelap pada waktu malam. Jika lampu anda rosak , alihkan kenderaan anda dari jalan secepat mungkin atau dapatkan lampu kecemasan untuk menunjukkan kedudukak.

43. Sebelum bergerak dari tempat meletak kereta ke dalam arus lalu lintas, lihat dan pastikan bahawa selamat untuk berbuat demikian. Tidak mencukupi dengan hanya memberikan isyarat dan terus memandu keluar tanpa mampedulikan lalu lintas lain.

MENGUNDUR
44. Sentiasa memastikan bahawa tiada kanak-kanak, haiwan atau kenderaan yang datang dari arah belakang anda, kemudian mengundur dengan perlahan. Jika anda mengalami kemalangan semasa mengundur, anda tidak boleh menyalahkan orang lain kerananya.

PENUNGGANG MOTOSIKAL
45. Penunggang motosikal hendaklah mengelakkan kelajuan yang melampau dan mencelah masuk dan keluar lalu lintas.

46. Penggunaan topi keledar disarankan.

47. Ekzos yang bising dan bunyi bising yang disebabkan oleh pemecutan yang terlalu cepat sangat menjelikkan dan tidak perlu.

KEMALANGAN
48. Jika anda terlibat dengan kemalangan yang meyebabkan kecederaan atau kerosakan, anda mesti berhenti, membantu mereka yang tercedera, berikan nama dan alamat kepada sesiapa yang memintanya, dan melaporkan kemalangan itu ke balai polis yang terdekat secepat mungkin dan dalam apa-apa hal dalam tempoh dua puluh empat jam kemalangan itu berlaku.
PENUMPUAN
49. Apabila memandu kekalkan tumpuan anda kepada jalan raya di hadapan kecuali, tentunya, apabila memandang sepintas lalu cermin pandang belakang dan peralatan-peralatan. Jangan toleh kepala anda untuk bercakap dengan penumpang atau untuk menyalakan rokok. Kanak-kanak tidak boleh dibenarkan mengganggu pemandu dan ibu bapa patut melatih mereka supaya tidak berbuat demikian. Dengan memastikan mata melihat jarak yang berpatutan jalan di hadapan pemandu yang bagus dapat melihat yang kemalangan mungkin berlaku dan mengambil langkah untuk mengelakkan daripada terlibat.

50. Perhatikan cermin pandang belakang, kereta di hadapan, dan juga kereta di hadapan kereta itu. Berhti-hati juga terhadap pergerakan di kedua-dua belah jalan di hadapan, terutamanya apabila menghampiri sekolah, panggung wayng, persimpangan jalan dan lain-lain.

LAYAK DIPANDU DI JALAN RAYA
51. Jaga kenderaa anda supaya ia layak dipandu di jalan raya. Kebanyakan kemalangan disebabkan oleh kegagalan mekanikal yang boleh dielakkan jika pemandu memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Tayar … pastikan tekanan tayar betul . Tayar yang telah haus
hendaklah ditukar. Ingatlah bahawa tayar yang licin
akan tergelincir apabila anda menekan brek dengan
kuat semasa kecemasan sama ada jalan basah atau
kering.

Brek … Periksalah brek anda selalu , terutamanya brek
Hidraulik. Sekiranya ada sedikit kebocoran minyak,
Yang menandakan bahawa kerosakan yang serius
Sedang berlaku. Ingatlah bahawa apabila anda memandu pada kelajuan 30 b.s.j dengan brek anda
dalam keadaan yang sangat baik, ia akan membawa anda lebih kurang 75 kaki untuk membuat pemberhentian kecemasan di atas jalan yang elok. Jika brek anda berada dalam keadaan yang tidak baik,walau bagaimanapun, anda mungkin akan pergi jauh sebelum anda dapat berhenti, yang mungkin akan menyebabkan keadaan yang serius sekiranya seorang anak kecil berlari di hadapan kereta anda dengan jarak tambahan ini.

Stereng … Amat penting supaya peamasangan stereng kereta anda diperiksa selalu dan dijaga supaya berada dalam keadaan baik. Kereta yang merayau-rayau di atas jalan disebabkan oleh stereng yang rosak adalah merbahaya seperti kereta yang dipandu oleh pemandu yang mabuk.

Lampu … Periksa semua lampu anda termasuk lampu bagi
Meletak kereta dan lampu isyarat.

Lampu signal.. Pastikan alat pemberi isyarat berada dalam keadaan baik dengan memeriksanya selalu .Lampu memancar yang tidak boleh memancarkan cahaya atau isyarat tangan yang dikeluarkan apabila sepatutnya dijatuhkan atau dinaikan apabila sepatutnya dijatuhkan atau dikehendaki merupakan suatu tanggungjawab dan boleh meyebabkan anda terlibat dengan kemalangan.


BAHAGIAN III

PENUNGGANG BASIKAL
52. Sentiasa menunggang di tepi sebelah kiri jalan dan benarkan lalu lintas lain memotong anda denagan selamat. Ikut laluan lurus dan elakkan membelok dengan tiba-tiba.

53. Tungganglah dalam satu dereta . Anda tidak akan menunggang di tengah jalan jika anda menunggang seorang diri kerana bahaya kemungkinan dailnggar oleh lalu lintas yang lain, tetapi bahaya ini akan meningkat jika ada penunggang yang lain menunggang di sebelah anda dan dengan berbuat demikian menghalang pergerakan anda.

54. Jangan membelok masuk dan keluar antara kenderaan lain didalam lalu lintas. Apabila lalu lintas tidak bergerak, kekal di tempat anda dan jangan cuba untuk pergi ke hadapan semua kenderaan lain dengan mencelah masuk dan keluar di kawasan yang sempit antara mereka.

55. Kekalkan jarak yang selamat di belakang kenderaan yang bergerak. Lalu lintas yang berhenti dengan tiba-tiba akan memberi peluang kepada anda untuk mengelak pelanggaran jika anda menunggang terlalu dekat dengan kenderaan hadapan.

56. Tegaknya kepala anda: Tabiat merendahkan kepala boleh mengurangkan ringtangan angina, tetapi didalam lalu lintas ia mungkin boleh mengakibatkan keretakan tengkorak.

57. Apabila melintas kereta yang ditinggalkan, berhati-hati terhadap penumpang yang mungkin membuka pintu kererta. Biarkan jarak keselamatan yang sewajarnya apabila melintasi.

58. Jika bukit terlalu curam yang menyebabkan anda terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan sebelum anda sampai ke puncak, turun dan berjalan. Semasa menurun bukit pastikan kelajuan anda terkawal. Jika anda bergerak terlalu laju anda akan dapati sukar untuk berhenti dengan segera semasa kecemasan.

59. Pastikan kedua-dua tangan memeganghendal. Jangan menunjuk-nunjuk dengan memasukkan tangan ke dalam poket atau kaki anda di atas hendal.Beri isyarat tangan pada waktu yang sepatutnya tapi letak tangan kembali ke atas hendal sebelum anda membuat belokan.

60. Jangan membawa bungkusan di dalam tangan; pasang tempat membawa barang pada basikal anda jika anda perlu membawa bungkusan atau buku. Semasa musim hujan anda mungkin tidak boleh membawa payung. Anda tidak boleh mengawal basikal dan menggunakan brek, loceng dan lain-lain,jika anda hanya ada sebelah tangan yang bebas untuk digunakan.

61. Anda tidak boleh mambawa penumpang. Seorang penumpang yang duduk di atas palang mengalang pergerakan basikal dan ianya merupakan satu kesalahan.


62. Jangan memegang belakang atau tepi kenderaan bermotor kerana dengan berbuat demikian banyak bahaya yang mungkin terjadi dan risiko ini tidak berbaloi.

63. Pada waktu malam pastikan lampu anda berada dalam keadaan baik.Lampu hadapan anda hendaklah menunjukkan cahaya putih sahaja. Di bahagian tepi, anda mesti memasang lampu merah atau pembalikcahaya.Cat madgad anda dengan warna putih dan pastikan ia bersih-ia boleh menyelamatkan anda daripada dilanggar oleh kenderaan yang memotong.Jika anda selalu menunggang di waktu malam pakialah baju atau kot putih.Ini boleh menolong pemandu kenderaan lain dan pejalan kaki nampak anda dengan lebih jelas.


64. Periksa lampu, brek,tayar, rantai dan ketinggian hendal dan tempat duduk. Jika anda tidak boleh mencecah tanah dengan kaki anda di mana-mana belah basikal apabila ia berada dalam keadaan tidak bergerak, maka tempat duduk itu terlalu tinggi dan anda tidak ada kawalan sepenuhnya apabila berhenti dengan tiba-tiba semasa kecemasan.

65. Sentiasa patuhi undang-undang dan patuhi semua kaedah dan peraturan lalu lintas. Jangan sesekali tidak mempedulikan isyarat jalan. Isyarat ada bagi keselamatan dan tunjuk arah anda dan juga pemandu-pemandu kenderaan bermotor yanglain.

66. Selalu gunakan laluan yang paling selamat dan jauhi lalu lintas yang severapa yang boleh.

67. Jika anda bercadang untuk membelok ke kanan, pastikan tiada lalu lintas yang laju sedang memotong anda, berikan isyarat tangan dan pandulah supaya bila anda sampai ke persimpangan anda akan berada di bahagian tengah jalan; sempurnakan belokan anda seperti yang ditunjukkan oleh gambar rajah, tapi ingat untuk memerhatikan lalu lintas yang datang dari arah X.

68. Semasa di simpang yang sibuk cara yang terbaik dan paling selamat untuk membuat belokan ke kanan ialah dengan mengikut di sebelah paling kiri dan tungganglah terus melintasi jalan yang anda sedang berada ke sudut seberang sana (dari A ke B dalam gambar rajah; kemudian turun dan tunggu di B, teruskan dengan melintasi C hanya apabila lampu isyarat atau amggota polis memberhentikan lalulintas di jalan itu. Mana – mana penunggang yang tidak mahir mestilah mengikuti tatacara ini apabila membelok ke kanan di mana – mana persimpangan yang sibuk sama ada dikawal oleh lampu isyarat atau anggota polis atau tidak.


BAHAGIAN IV

PEJALAN KAKI

69. Anda tidak boleh melintas jalan dalam lingkungan 200 ela daripada lintasan pejalan kaki, jabatan pejalan kaki atau jalan bawah. Tempat yang betul untuk melintas jalan ialah di persimpangan atau lintasan pejalan kaki yang bertanda. Berfaedah jika anda berjalan jauh sedikit untuk melintas di tempat-tempat ini daripada mengambil risiko kematian atau kecenderaan dengan cuba untuk melintas di tempat lain di tengah-tengah kesesakan lalu lintas. Sentiasa melintas jalan mengikut laluan yang paling dekat yang boleh, iaitu dari sebelah yang lain.

70. Jika anda perlu berjalan yang tidak berlampu pada waktu malam, sentiasalah memakai atau membawa sesuatu yang berwarna putih. Jika anda tiada barang lain untuk dibawa, sapu tangan yang anda bawa atau surat khabar yang dilipat sekalipun boleh membuat anda lebih kelihatan kepada pemandu kereta.


71. Sesuatu kesilapan biasa untuk berfikir bahawa anda dapat melihat cahaya lampu kereta, oleh itu pemandu juga dapat melihat anda. Jarak pemandu dapat melihat anda sangat terhad dan semakin kurang jika pakaian anda semuanya berwarna gelap. Pada waktu malam amat penting untuk berjalan mengadap lalu lintas dan bukan dengan belakang anda mengadap kea rah lalu lintas.

72. Turun daripada bas boleh jadi merbahaya tetapi anda boleh membuatnya lebih selamat dengan sentiasa menunggu sehingga bas telah berhenti sepenuhnya dan berhenti terus di laluan jalan kaki yang terdekat. Jika anda ingin melintas jalan selepas turun, tunggu hingga bas telah bergerak dan anda dapat melihat lalu lintas yang datang daripada kedua-dua arah sebelum cuba berbuat demikian.

73. Sebelum anda mengambil risiko melintas jalan di hadapan kenderaan bermotor yang sedang menghampiri ingatlah bahawa walaupun anda boleh berhenti di dalam kawasan yang luasnya bahawa walaupun anda boleh berhenti di dalam kawasan yang luasnya seela, kenderaan bermotor memerlukan jarak yang agak besar untuk pemanduan bertindak dan mengendalikan breknya. Kereta yang bergerak pada kelajuan 60 b.s.j. memerlukan jarak yang lebih kurang 300 kaki untuk ia berhenti, dan jika jalan basah, ia memerlukan kawasan lebih panjang.

74. Pada musim hujan jangan terburu-buru melintas jalan denga menundukkan kepala atau dengan payung yang menghadang pandangan anda.

75. Ajarlah kanak-kanak untuk berjalan dengan selamat dengan memastikan sebelum melintas jalan, mereka sentiasa membuat latihan yang betul, iaitu “tengok kanan, tengok kiri, kemudian tengok kanan lagi, dan jika jalan telah kosong, segera berjalan”. Amalkan membuat latihan yang sama untuk diri anda sendiri juga.

76. Semua di lintasan yang dikawal oleh lampu isyarat, tunggu di kaki jalan sehingga anda benar-benar dapat melihat lalu lintas di hadapan anda yang anda ingin melintas telah berhenti.

77. Jangan mengikut pejalan kaki yang lain tanpa anda sendiri memastikan keselamatannya sebelum berbuat demikian. Anda mungkin mengikut pejalan kaki sembarangan yang akan membawa anda semua ke atas jalan seperti sekumpulan kambing biri-biri. Walaupun semasa melintas jalan di lintasan pejalan kaki, anda sepatutnya sentiasa berwaspada terhadap kereta yang membelok di selekoh atau dipandu dengan sambil lewa.

78. Jangan melangkah ke lintasan pejalan kaki sehingga anda melihat ruang yang munasabah dalam lalu lintas. Jika anda terburu-buru melintas tanpa membenarkan pemandu melihat tujuan anda pada waktu yang sepatutnya atau apabila kenderaan terlalu dekat dengan lintasan bagi membolehkannya berhenti, anda berkemungkinan mengundang ajal anda sendiri.

79. Ingatlah pada waktu malam melainkan lintasan pejalan kaki dipasang dengan lampu sorot, ia mungkin tidak kelihatan dengan jelas, terutamanya ketika hujan, tandanya mungkin tidak kelihatan dengan jelas, terutamanya ketika hujan, tandanya mungkin tidak begitu jelas kepada pemandu yang menghampiri.

80. Jika tiada lorong jalan kaki dan anda terpaksa berjalan di sepanjang jalan, maka ikut seberapa yang dapat hampir dengan tepi jalan dan sentiasa berjalan di sebelah kanan jalan. Ini membolehkan anda melihat lalu lintas yang datang sepenuhnya dan jika perlu melangkah keluar daripada jalan untuk mengelakkan bahaya.

81. Apabila berjalan di lorong pejalan kaki atau laluan jalan kaki yang sama dengan arah lalu lintas, berjalan di sebelah dalam lorong bagi tujuan yang sa; jika anda berjalan di sebelah dalam lorong bagi tujuan yang sama; jika anda berjalan di luar dan melangkah di hadapan kenderaan yang datang daripada arah belakang anda. Pedoman yang penting ialah “sentiasa menghadap lalu lintas yang datang”.

82. Jangan berdiri dan berbual dalam kumpulan di lorong jalan kaki yang sibuk; walaupun ini tidak menyebabkan pejalan kaki yang lain terpaksa berjalan di atas jalan, tindakan ini menahan mereka dengan tidak sepenuhnya dan tidak besopan santun.

BAHAGIAN V

ISYARAT LALU LINTAS

83. Paling utama dan oenting ialah anda belajar maksud isyarat lalu lintas, kerana semua pengguna jalan raya dikehendaki mematuhinya. Anda akan melihatnya semula jika anda melancong ke luar Negara, kerana kebanyakannya sekarang ini diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sebahagian daripada tanda yang ada tidak ditunjukkan disini, tetapi isyarat-isyarat itu akan ditukar dari semasa oleh isyarat yang dibuat semula di bawah.